Pada keesokan harinya,aku bangun dengan semangat untuk ke sekolah kerana gadis itu telah memikat hatiku yang sedang kesepian.Perkara biasa apabila masuk sekolah 'perhimpunan yang membosankan' tetapi perasaan aku lain sebab mungkin aku semangat nak kenal dengan gadis yang comel itu.Selepas perhimpunan, aku terus ke kelas dan meltakkan beg di atas kerusi.Aku pun keluar lalu mencari sesuatu yang berada dalam fikiranku.Maksud aku itulah "hehehe" .Sedang aku leka mencari tiba-tiba aku ternampak si dia bersama temannya.Waaaaaaaa.....peluang keemasan bagiku,aku dengan muka yang tebal terus pergi ke dia.Ayat pertama aku luahkan terhadap ialah 'gebu'.Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa 'gebu' ?Sebabnya aku suka tengok pipi dia yang gebu tu.Selepas aku panggil dia 'gebu',dia terus pandang ke arahku dan senyum kepadaku tiba-tiba berubah menjadi pelik.Mesti dia tertanya-tanya kenapa dengan lelaki ni??.Dia mesti anggap aku gila,memang aku gila pun,aku menjadi setelah berhadapan dengan dia.Pada masa itulah aku cair bila melihat muka dia yang sangat comel.Disitulah permainan mata aku dengan si dia.Aku tak dapat lupakan pandangan pertama aku dengan si dia sehingga ke hari ini.Selepas tu,dia pergi bersama temannya.Aku pun balik ke kelas untuk belajar.
Selepas pandangan pertama itu,aku menjadi rasa tidak puas hati kerana ingin berkenalan dengan dia.Memang niatku nk berkenalan dengan dia sejak aku terpandang wajahnya.Aku mengambil keputusan untuk meminta nombor telefonnya walaupun aku *malu.Bak kata orang'malu sekejap je,lepas tu berhasil'.Sebelum aku tidur, aku dah pasang niat untuk meminta nombor telefonnya di sekolah esok.
Pada pagi yang sangat indah,aku terjaga dari tidur kerana jam loceng aku berbunyi yang menandakan aku perlu ke sekolah.Aku bersemangat sangat hendak ke sekolah sebab aku telah pasang niat aku untuk meminta nombor telefon gadis itu.Selepas dengar cikgu mengarut di perhimpunan,aku dengan segera terus pergi ke kelas dan meletakkan beg di kerusi.Aku pergi ke pintu belakang kelas ku dan menuggu si dia jalan di depan kelasku.Selepas 5 minit aku menuggu,kehadirannya telah aku hidu ibarat bidadari datang dari syurga.Aku melihat dia sedang menuju ke arah ku dan dia pun lalu di depanku,dia senyum kat aku dan aku pun membalas senyumannya.
Aku pun mengejar dia dari belakang,aku memanggil dia dengan panggilan 'gebu' dan dia pun pandang ke arah ku.Aku tanya dia "gebu nk no. tel??" lalu dia mnjawab "xpakai fon".Aku tidak puas hati,aku tanya lagi "yeyeye je xpakai,ke memang xnk bg??" dia jawab "btol xpakai fon,ummie xkasi".
Aku pun cakap "ohh~~xper laa..".Perkara menyedihkan bagi aku sebab tak dapat nombor telefon dia.Lagipun,dia tidak ada telefon.Aku dengan redhanya pergi ke kelasku.Aku menjadi murung seketika,kawan-kawanku menegur aku dan kami berborak kosong.Aku borak macam nak tak nak je.Sedih la katakan.Apabla habis waktu belajar,kami pun balik dan aku ternampak dia di pagar sekolah dengan tiba-tiba perasaan sedih aku itu hilang.Aku memanggil-manggil dia 'gebu,gebu,gebu'.Dia kelihatan malu-malu.Sedang aku menunggu kawan aku membuka kunci motor,aku lihat dia berjalan di depanku sambil menyorok di sebelah temannya.Dia kelihatan sangat malu dan dia masuk ke dalam kereta.Aku pun balik bersama rakan baikku.
Setelah sampai di rumah,aku berasa tidak puas hati sebab tidak dapat nombor telefon.Aku berhajat ingin bagi nombor telefon aku kat dia.Keesokan harinya,sedang aku khusyuk belajar,aku mempunyai firasat yang sangat tinggi bahawa dia sedang berjalan ke arah tangga.Aku terus pandang dan meminta izin ingin ke tandas.Aku pun memanggil dia,dia datang umpama bidadari.WAAAaaaaa......dengan muka yang tebal aku terus bagi nombor telefonku dengan bercakap "nah!ni no. wan,senang2 call laa eh".Dia pun pergi bersama temannya dan aku pun masuk ke kelas.
Selepas dua,tiga hari,pada malam tu,telefon aku berbunyi menandakan mesej masuk dan aku membaca nya "wawan".Aku pun membalas mesej itu,"sape ni?" Ruapa-rupanya Siti Aqilah Binti Noor Azmi.
Aku dengan bangganya mesej dia setiap hari tanpa rasa jemu.Kami pun saling kenal-mengenali.Indahnya hidupku kerana dapat kenal dengan dia.
Pada hari jumaat,tarikh keramat 20/8/2010 jam 12.34 pagi,Aku sedang bergayut dengan si dia.Aku dengan rasa segan bertanya satu soalan 'cepu emas' kepada si dia."ehem'ehem...kyla??nk tanya ni??" kyla jawab " ye,tanyalah??" aku pun tanya "hmm..........sudi x kalau kyla jadi awek wan??..........................kyla menjawab "sudi".Aku tidak berapa dengar jawapan tu dan aku menanyakan lagi sekali. "Sudi x kalau kyla jadi awek wan??" ..........................................dia menjawab "sudi,sudi,sudi".Aku terus ambil bantal dan menutup muka aku.Indahnya hidupku,ibarat dunia ni aku yang punya.Aku menjadi terlampau 'happy',suka,riang,gila,sewel, dan macam-macam lagi.
Selepas peristiwa yang indah itu,pada pun pergi ke sekolah dengan hati yang riang,ceria,'cool'.Aku tak boleh nak ungkapkan apa yang ada dalam hatiku.Aku ternampak dia dari jauh,dia melambai tangannya dengan semangat,aku membalas dengan senyuman yang tidak pernah aku buat.
Begitulah kisah cinta aku terhadap si dia.
"aku harap korang xgelak bilew baca citer yg xseberapa ini,itulah cerita aku setakat ini".....
Sekian WaWaN OLaLa.

